Wednesday, February 16, 2011

Memasang kulit

Memasang kulit.

Biasanya plywood akan dipotong mengikut bentuk badan bot bersesuaian dengan sais plywood yang standard iaitu 8' x 4'. Walaubagaimana pun ada bahagian-bahagian kulit (hull) yang sukar untuk dipasangkan kepingan yang agak besar seperti dibahagian depan (bow). Kebanyakan bot dibahagian ini terdapat kedudukan kulit yang melengkung dan amat sukar untuk melekapkan kepingan plywood yang lebar. Olih itu satu cara yang selalu dipraktikan ialah dengan membuat kepingan-kepingan yang lebih kecil.
Sebagai contoh lihat gambar ini:-





Dibahagian yang tidak memerlukan kepingan kecil seperti gambar diatas bolehlah dipasangkan dengan kepingan yang lebih besar seperti gambar berikut:-