Sunday, September 25, 2011

Menyusun Frame Diatas Asas 'Strongback'

Sambungan daripada post yang terdahulu:-

Kini Frame-frame 1 hingga 8 telah disiapkan dan tibalah masanya untuk menyusun frame-frame tersebut keatas asasnya ataupun 'strongback'.
Sebelum itu sebuah 'strongback' hendaklah disediakan untuk kerja-kerja berikutnya.

Cara-cara membuat asas 'strongback'.

Sebagaimana yang telah dirancang, panjang bot untuk projek ini ialah 12kaki atau 3658mm. dan lebarnya sekitar 4 kaki atau 1219mm. Jadi yang penting bagi kita ialah mendapatkan ruang yang sesuai untuk kerja-kerja berikutnya. Kalau dapat bangsal yang beratap lagi baik.

Sila lihat lakaran berikut untuk membuat asas:-
Daripada lakaran asas 'strongback' yang derdapat diatas bolehlah kita mulakan menyusun frame-frame yang telah siap tadi diatasnya berpandukan kepada garis-garis wl2 yang terdapat di tiap-tiap frame.
Kita mulakan memasang frame 1.

Lakaran berikut menunjukkan bagaimana Frame 1 dipasangkan diatas permukaan asas. WL2 akan menjadi panduan untuk memasang kesemua frame-frame berikutnya.


Kedudukan frame tersebut disediakan begitu untuk menyenangkan kita apabila proses pemasangan kulit dimulakan. Dengan persediaan yang begini bahagian asas tidak akan menghalang atau terkena kepada kulit.
Seterusnya, frame berikutnya bolehlah dipasang sehingga kesemua frame-frame tersebut akan menjadi seperti gambar berikut:-

Ini hanyalah gambar hiasan dan bukan gambar sebenar projek kita.

Perlu diingat iaitu jarak diantara frame ialah 1.3334' atau 406mm. Jarak ini hendaklah sentiasa sama sehingga frame 8. Semasa memasang frame-frame tersebut kita hendaklah sentiasa pastikan kedudukannya setara (level) antara kiri (port side) dan kanan (starboard side) depan (fore) dan belakang (aft). Cara mudah untuk memastikannya ialah dengan menggunakan timbang air yang dibuat sendiri daripada hos air yang lutsinar (transparent). Memudahkan lagi jika air yang digunakan itu diwarnakan.
Dalam masa yang sama kedudukan garis tengah (CL) hendaklah dijaga dan sentiasa berada didalam kedudukan yang betul.

Memasang baten.

Setelah semua ke8 frame itu dipasang dan juga kedudukan nya betul, tegap dan seimbang maka dapatkan baten 1 1/4" x 1/2" yang cukup panjang untuk dipasangkan dari haluan (bow) ke transom.