Friday, January 14, 2011

KERJA-KERJA FIBERGLASS


Sila lawati Facebook AG Marine untuk kursus-kursus yang disediakan..

TEKNIK ASAS KERJA-KERJA ‘FIBERGLASS’.

Kerja-kerja berkaitan ‘fibreglass’ adalah satu kemahiran yang tidak terhad kepada mereka yang pakar sahaja. Ianya boleh di lakukan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai minat dengan bimbingan sesaorang yang berpengalaman mengenainya. Apa yang penting adalah mengetahui perkara-perkara asas tentang ‘fiberglass’ dan cara mengerjakannya.

Banyak kerja-kerja kecil atau besar sekalipun boleh dilakukan tanpa sebarang kesulitan jika langkah atau proses pengunaannya diikuti dengan betul.

Walau bagaimanapun apa jua kepakaran di dalam bidang pembuatan yang di ceburi akan memerlukan masa yang lama untuk menjadi pekerja yang mahir. Apa yang penting ialah persekitaran tempat kerja serata peralatan dan tunjuk ajar yang betul.

Berikut adalah perkara asas yang perlu di ketahui atau di ambil kira jika ingin melakukan kerja-kerja berkaitan ‘fibreglass’. :-

1. Keselamatan.
2. Bahan-bahan.
3. Peralatan.
4. Cara-cara bekerja.

1. KESELAMATAN.

Bahan ‘fiberglass’ adalah selamat di gunakan jika langkah-langkah keselamatan diutamakan dan dipraktikkan. Semasa bekerja sentiasa pastikan bahawa bahan ini mempunyai wap yang mudah terbakar dan jangan di hidu. Tempat kerja hendaklah sentiasa mempunyai aliran udara yang mencukupi, dan jangan sekali-kali merokok atau mendekati api yang menyala semasa bekerja. Setelah selesai bahan-bahan yang digunakan hendaklah di simpan dengan baik.

Perkara berikut hendak lah diperhatikan semasa menggunakan resin:-

- Elakkan bahan terkena mata atau kulit.
- Gunakan pelindung mata dan muka, sarung tangan getah dan pakaian yang sesuai.
- Bahan mudah terbakar hendaklah di elakan daripada di dedahkan kepada cahaya matahari. Simpan di dalam stor yang suhu nya tidak panas.
- Pastikan tempat kerja yang cukup peredaran udara serta gunakan topeng penafasan bila perlu.
- Sentiasa tutup bekas bahan-bahan yang di gunakan.

2. BAHAN- BAHAN.

POLYESTER RESIN. Resin serbaguna yang selalu di gunakan di dalam kerja-kerja melapik ‘fibreglass’ untuk membuat barangan kecil atau besar. Terdapat beberapa jenis ‘resin’ yang di gunakan didalam kerja berkaitan komposit. Perbezaan pengunaan nya tertakluk kepada ketahanan dan juga kos yang terbabit serta tujuan sesuatu projek yang di buat. Ini juga melibatkan jangka masa pengerasan yang di perlukan kepada sesuatu kerja. Ada jenis ‘resin’ atau kerja yang memerlukan jangka masa yang lama untuk proses pengerasan, dan ada juga kerja yang memerlukan masa yang cepat untuk di keraskan.

CATALYST ATAU PENGERAS. Catalyst atau pengeras yang di campurkan di dalam resin adalah sejenis cairan yang perlu di jaga dan berhati-hati apabila menggunakan nya. Ia nya sangat bahaya kepada mata dan kulit. Campuran catalyst dengan cobalt secara terus boleh menyebabkan letupan dan kebakaran. Catalyst atau MEKP (Methyl Ethyl Ketone Peroxide) ada lah bahan yang di gunakan untuk mengeraskan resin. Secara kasar campuran catalyst di dalam ‘resin’ adalah 1-2 % di ambil kira daripada berat. Melebihkan catalyst di dalam campuran ‘resin’ boleh memyebabkan pembekuan yang cepat dan begitu juga sebaliknya. Olih itu kepastian di dalam menentukan sukatan yang tepat tertakluk kepada pengalaman pekerja.

GELCOAT. Gelcoat adalah ‘resin’ pekat yang diwarnakan untuk mendapatkan permukaan luar yang licin kepada produk yang di buat. Ia biasa nya di sapukan sebagai lapisan pertama di permukaan acuan di ikuti dengan balutan fiberglass dan resin. Terdapat juga ‘gelcoat’ tanpa warna di pasaran.

GLASS FIBRE (GENTIAN KACA) Gentian kaca ialah bahan yang digabungkan dengan resin untuk menguatkan barangan yang di buat. Terdapat banyak jenis bahan fiber yang di gunakan di dalam industri komposit ini. Jenis yang paling kerap di gunakan ialah ‘chop strand mat’ dan ‘woven roving’. ‘Chop strand mat’ adalah jenis fiber yang mempunyai serat-serat kaca yang halus di mana kedudukan serat-seratnya tidak tersusun di dalam satu arah. ‘Voven roving’ pula adalah jenis fiber yang seakan dianyam menyerupai tikar tetapi di dalam keadaan yang longgar. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik adalah digalakan mengabungkan kedua-dua jenis fiber ini di dalam satu kerja.

BAHAN PELEKANG (RELEASE AGENT) Bahan pelekang ini disapukan dipermukaan acuan (mould) untuk membantu melekangkannya apabila kerja yang dibuat telah keras. Sebelum lapisan pertama ‘gelcoat’ disapukan di permukaan acuan, bahan pelekang hendaklah terlebeh dahulu disapukan, kemudian baharulah lapisan fiber boleh di mulakan.

SIMEN. Simen untuk kerja-kerja fiberglass biasanya di gunakan untuk menampal rongga-rongga dan juga untuk menampal permukaan yang tidak rata di mana ianya kemudian dikikis mengunakan kertas pasir untuk di ratakan. Simen ini biasanya dibuat menggunakan resin dicampurkan dengan tepung industri (industrial powder) dan digaulkan menjadikan ia seakan simen.

PEWARNA. Menggunakan warna adalah bebih baik daripada mengecat permukan yang telah siap. Ini adalah kerana dengan menggunakan pewarna di dalam campuran gelcoat menjadikannya lebih tahan dan tidak akan lekang jika dibandinkan dengan mengecat.

PELINDUNG KULIT DAN KRIM PEMBERSIH. Kadang kala terdapat juga individu yang mempunyai kulit yang sensitive. Untuk melindungi kulit daripada terkena resin pelindung kulit atau ‘barrier cream’ di gunakan. Krim ini bolih melindung kulit daripada terkena resin atau fiberglass. Ianya mudah dibasuh selepas selesai bekerja di mana ianya boleh juga dipanggil krim pembersih.

RESIN KHUSUS. Terdapat berbagai jenis resin yang digunakan khusus untuk sesuatu kerja, mithalnya kerja untuk bekas-bekas kimia, kerja-kerja anti kebakaran dan berbagai lagi.

BAHAN-BAHAN KHUSUS. Terdapat juga bahan fiberglass yang direka khas untuk keperluan yang tertentu. Bahan-bahan nya seperti carbon fiber, aramid, kevlar dan berbagai lagi.

3. PERALATAN.

Peralatan untuk kerja-kerja fiebrglass amatlah banyak. Ini tertakluk kepada kerja-kerja yang dilakukan. Kebanyakan kilang-kilang termoden telahpun menggunakan mesin-mesin yang canggih seperti mesin RTM (resin transfer moulding) yang dilengkapi dengan eletronic sensor serta temperature sensor dan sebagainya. Chopper gun telahpun luas penggunaannya.
Bagi kita yang baru berjinak-jinak untuk mempelajari bidang fiberglass ini cukuplah dengan menggunakan peralatan asas seperti berus cat, penggolek (roller), gunting, pisau dan alat-alat asas iaitu tukul, ragum, pahat dan lain-lain lagi.

4. CARA-CARA BEKERJA.

Sebagai permulaan eloklah kita lihat bagaimana proses kerja-kerja fiberglass dijalankan.
Contoh kerja fiberglass.

MEMBUAT ACUAN (MOULD)

Barangan asal yang hendak dibuat akan dibersihkan, ditampal dan diratakan. Setelah siap ianya akan digosok dengan kertas pasir wet/dry 200 grid. Setelah semuanya kelihatan rata gosok pula dengan menggunakan kertas pasir wet/dry 600 grid. Ulangi lagi menggosok dengan grade 1000 atau menggunakan 'rubbing compound' jika perlu.
Untuk projek ini Pak Lang menggunakan kertas pasir sehingga 600 grid sahaja. Kerana projek ini hanyalah penutup mesin. Sebaiknya gunakan air semasa menggosok.

Penutup mesin. Produk asal ini dinamakan 'plug'. .

Setelah berpuas hati akan kerataan dan kelicinan 'plug' bersihkan daripada segala habok dan sapukan wax (mirror glaze wax) sebagai bahan pelekang. Tunggu beberapa minit sehingga kering dan kilatkan. Untuk membuat acuan, ulangi proses menyapu wax kepada 'plug' ini sebanyak lima kali.
Untuk memudahkan melekang acuan daripada 'plug' Pak Lang gunakan 'PVA'. Jika tiada pva pun bolih juga.

Selesai dan puashati dengan kelicinan 'plug' tadi maka bolihlah diteruskan dengan menyapukaan 'tooling gelcoat'. Perlu di ingatkan campuran untuk 'tooling gelcoat' adalah sekitar 1% MEKP atau hardener. Sebelum itu 'cobalt' perlu dicampurkan dahulu. Untuk satu bekas 'tooling gelcoat' sebesar gelas biasa teh tarik, 5 titik 'cobalt' adalah mencukupi. Ini adalah untuk mempercepatkan proses pengerasan.

Menyapu tooling gelcoat.

Pastikan ketebalannya mencukupi. Sapukan 2 lapis.

Biasanya proses pengerasan akan mengambil masa kira-kira satu jam jika cuaca panas dan mungkin lama sadikit jika cuaca mendung. Gunakan berus yang kering untuk menguji samada gelcoat telah cukup keras untuk disalut dengan fiberglass, iaitu dengan melayangkan bulu berus tersebut kepermukaan gelcoat. Jika pergerakan berus lancar tampa tersekat maka bolihlah mulakan membalut dengan fiberglass.

Plug yang telah dibalut sebanyak 4 lapis.

Setelah selesai membalut seperti di atas basuhlah berus dan roller serta kemaskan semua peralatan dan biarkan kerja tersebut supaya benar-benar keras dan kering. Kalau kerja kita selesai di sabelah petang adalah lebih baik disambung kerja pada keesok harinya.
Sebelum mould atau acuan tersebut dilekangkan adalah lebih baik dibersihkan dahulu acuan tersebut dengan memotong lebihan fiberglass.


Dibersihkan menggunakan grinder.

Melekangkan acuan (mould) daripada 'plug'.

Mould bewarna hitam yang telah dilekangkan. 

Mould atau acuan yang telah disiapkan.

Setelah acuan tersebut siap barulah kerja-kerja membuat barangan sebenar di mulakan. Dengan acuan ini tidak kurang dari 50 unit barangan tersebut bolih dikeluarkan. Proses nya hanyalah mengulangi tatacara yang telah diterangkan.


MEMBUAT 'SPLIT MOULD'

Terdapat juga acuan yang tidak mungkin dilekangkan satelah dibaluti di sebabkan oleh bentuk produk asal yang agak kompleks, maka cara alternatif untuk membuat acuan tersebut hendaklah diusahakan.
Salah satu cara yang boleh dipraktikan ialah dengan menceraikan acuan tersebut kepada beberapa bahagian atau sekurang-kurangnya kepada dua bahagian, contoh seperti gambar berikut:-

.
                                                                  'Split mould'

Kita ambil contoh seperti gambar di atas, di mana produk asalnya berbentuk bulat dan di bahagian tengahnya pula adalah lebih kecil dari bahagian atas dan bawah. Sekiranya keseluruhan produk tersebut dibalut untuk dijadikan acuan maka adalah mustahil untuk mengeluarkan produk tersebut tanpa merosakannya.

Perkara ini boleh di atasi dengan membahagikan acuan tersebut kepada dua bahagian kerana bentuk produk tersebut membolehkan kita berbuat demikian.

CARA MEMBUAT 'SPLIT MOULD'

Produk bahagian tiang lampu dijadikan sebagai 'plug'.

Marilah kita ambil produk diatas sebagai bahan projek kita, di mana produk ini dinamakan 'plug'. Seperti biasa 'plug' tersebut hendaklah dibersihkan dan digosok menggunakan kertas pasir 'wet and dry' dari grid kasar 150 sehinggalah kegrid 800. Setelah agak puas hati dengan kelicinan yang dikehendaki, maka dicuci dengan air bersih. Projek ini tidak memerlukan kesudahan yang terlalu licin, maka kertas pasir yang lebih halus lagi atau 'rubbing compound' tidak diperlukan.

Apabila selesai membasuh 'plug', lap dan keringkan. Sapukan 'release wax' keseluruhan produk, biarkan kering dan kilatkan. Seeloknya diulangi sebanyak 8 kali.

Sebelum kerja-kerja ini dilaksanakan satu bentuk profile 'plug' atau produk tersebut hendaklah dilakarkan diatas sekeping plywood atau permukaan rata yang licin dan dipotong mengikut bentuk produk tersebut seperti gambar berikut:-

                                    Bentuk 'profile' produk atau 'plug' yang telah dipotong.

'Plug' tersebut hendaklah diletakan di atas satu sokongan yang dibuat khas untuk projek ini. Seperti gambar ini:-

                             Produk asal atau 'plug' diletak diatas penyokong supaya tegap                            dan senang melakukan pekerjaan.

Letakan kepingan yang telah dipotong mengikut 'profile' produk supaya menjadi sebagai pembahagi kepada acuan yang akan dibuat dan pastikan ianya tegap dan kukuh seperti berikut:-


     Pemgbahagi yang dipasang dan mempunyai kelebaran yang 
      sengaja dilebihkan di sekeliling perimeter 'plug'.

Ruang di antara 'plug' dan kepingan pembahagi hendaklah ditutup dengan menggunakan 'moulding wax'.
Di dalam kes ini kita hanya menggunakan plastisin. Lihat contoh:-


    Plastisin di gunakan untuk menutup ruang yang terdapat 
antara 'plug' dan pembahagi.
                   
 Apabila selesai melakukan kerja-kerja di atas adalah elok dibersihkan semula 'plug' tersebut dengan memggunakan kain bersih. Bahagian permukaan pembahagi perlu juga disapukan wax dan seterusnya adalah lebih elok jika di sapukan dua lapis PVA pada keseluruhan 'plug' dan juga di bahagian pembahagi..


  Dua lapis PVA telah disapu bagi tujuan lekangan yang 
lebih mudah kelak.

Di dalam keadaan cuaca yang baik dan agak panas lapisan PVA akan mengering antara 5 hingga 10 minit dan lapisan kedua bolehlah disapukan. Biarkan ianya kering dalam masa 10 hingga 15 minit. Permukaan akan nampak berkilat dan serata. Sementara itu bolehlah disediakan 'Tooling gelcoat'.

Untuk projek ini kira-kira 600gm 'tooling gelcoat' disediakan di dalam satu bekas. Bancuhkan sedikit cobalt untuk membantu proses pengerasan apabila dibancuh dengan 'catalyst' atau pengeras kelak. Setelah 'tooling gelcoat' dan cobalt tersebut sebati, masukan 'catalyst' ia itu pengeras kedalam bancuhan 'toling gelcoat' sebanyak 6gm atau lebih kurang 1/2 tutup botol meneral 500ml. bancuh hingga sebati dan sapukan kepermukaan projek seperti gambar berikut:-


   'Tooling gelcoat' yang telah disapu meliputi keseluruhan 'plug' dan
 juga di sekitar pembahagi.

Setelah lapisan pertama kering ia itu antara 1 hingga 2 jam maka bancuhlah sukatan yang sama untuk disapukan satu lapis lagi. Setelah kering dalam jangka masa 4 jam maka bolehlah dimulakan membalut satu lapis 'chop strand mat' 300gsm., di ikuti dengan 3 lapis 450gsm CSM.


    'Plug' yang telah dibalut dengan satu lapis 300gsm CSM. Seterusnya
3 lapis lagi 450gsm CSM akan dibalut dan dibiarkan kering dan mengeras
dalam tempoh 8 jam.
.
  Esoknya setelah projek tersebutnya kering dan mengeras bolehlah ianya dipusingkan dan pembahaginya ditanggalkan.


 Keadaan 'plug' yang telah ditanggalkan pembahaginya.
   
Setelah dipusingkan dan pembahaginya ditanggalkan daripada 'plug' bahagian yang terdedah hendaklah dibersihkan tanpa menanggalkan kerja yang telah kering itu. Lebihan fiberglass dipotong dengan menggunakan mesin pemotong. Plastisin yang tertinggal di permukaan 'tooling gelcoat' dan juga dicelah-celah projek hendaklah dikorek dan ditanggalkan.

Projek tersebut kemudiannya dilap dengan kain bersih dan seterusnya disapukan wax semula sebagaimana yang telah dibuat sebelumnya. Dua lapis PVA disapukan keseluruh permukaan yang telah diwax dan dikilatkan. Sementara menunggu PVA kering, 'tooling gelcoat' disediakan.


Permukaan yang telah dibersihkan, diwax dan disapu
dengan 2 lapis PVA.

Sebagaimana sebelum ini, ia itu dibahagian yang telah dibalut dengan fiberglass, permukaan ini juga disapukan dengan 2 lapis 'tooling gelcoat'.


Permukaan yang telah disapu dengan 'tooling gelcoat'
dan sedia untuk dibalut fiberglass.

Empat lapis fiberglass di balut mengikut rutin yang sama seperti sebelah yang telah siap.

Menunggu keras dan kering untuk dibersihkan.
 
Setelah selesai kerja-kerja pembersihan dan lebihan fiberglass potong maka bolehlah acuan tersebut dilekangkan daripada 'plug'.



Acuan yang telah dibersihkan dan diwax dibahagian dalam.

Setelah siap diwax dan diulangi sebanyak 8 kali, bolehlah kerja-kerja mengeluarkan produk dimulakan. Prosesnya adalah sama cuma bezanya hanyalah dengan menggunakan 'polyester gelcoat' yang telah diwarnakan mengikut warna pilihan.

.


Lagi contoh-contoh 'split mould'