Sila lawati Facebook AG Marine untuk kursus-kursus yang disediakan..
TEKNIK ASAS KERJA-KERJA ‘FIBERGLASS’.
Kerja-kerja berkaitan ‘fibreglass’ adalah satu kemahiran yang tidak terhad kepada mereka yang pakar sahaja. Ianya boleh di lakukan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai minat dengan bimbingan sesaorang yang berpengalaman mengenainya. Apa yang penting adalah mengetahui perkara-perkara asas tentang ‘fiberglass’ dan cara mengerjakannya.
Banyak kerja-kerja kecil atau besar sekalipun boleh dilakukan tanpa sebarang kesulitan jika langkah atau proses pengunaannya diikuti dengan betul.
Walau bagaimanapun apa jua kepakaran di dalam bidang pembuatan yang di ceburi akan memerlukan masa yang lama untuk menjadi pekerja yang mahir. Apa yang penting ialah persekitaran tempat kerja serata peralatan dan tunjuk ajar yang betul.
Berikut adalah perkara asas yang perlu di ketahui atau di ambil kira jika ingin melakukan kerja-kerja berkaitan ‘fibreglass’. :-
1. Keselamatan.
2. Bahan-bahan.
3. Peralatan.
4. Cara-cara bekerja.1. KESELAMATAN.
Bahan ‘fiberglass’ adalah selamat di gunakan jika langkah-langkah keselamatan diutamakan dan dipraktikkan. Semasa bekerja sentiasa pastikan bahawa bahan ini mempunyai wap yang mudah terbakar dan jangan di hidu. Tempat kerja hendaklah sentiasa mempunyai aliran udara yang mencukupi, dan jangan sekali-kali merokok atau mendekati api yang menyala semasa bekerja. Setelah selesai bahan-bahan yang digunakan hendaklah di simpan dengan baik.
Perkara berikut hendak lah diperhatikan semasa menggunakan resin:-
- Elakkan bahan terkena mata atau kulit.
- Gunakan pelindung mata dan muka, sarung tangan getah dan pakaian yang sesuai.
- Bahan mudah terbakar hendaklah di elakan daripada di dedahkan kepada cahaya matahari. Simpan di dalam stor yang suhu nya tidak panas.
- Pastikan tempat kerja yang cukup peredaran udara serta gunakan topeng penafasan bila perlu.
- Sentiasa tutup bekas bahan-bahan yang di gunakan.
2. BAHAN- BAHAN.
POLYESTER RESIN. Resin serbaguna yang selalu di gunakan di dalam kerja-kerja melapik ‘fibreglass’ untuk membuat barangan kecil atau besar. Terdapat beberapa jenis ‘resin’ yang di gunakan didalam kerja berkaitan komposit. Perbezaan pengunaan nya tertakluk kepada ketahanan dan juga kos yang terbabit serta tujuan sesuatu projek yang di buat. Ini juga melibatkan jangka masa pengerasan yang di perlukan kepada sesuatu kerja. Ada jenis ‘resin’ atau kerja yang memerlukan jangka masa yang lama untuk proses pengerasan, dan ada juga kerja yang memerlukan masa yang cepat untuk di keraskan.
CATALYST ATAU PENGERAS. Catalyst atau pengeras yang di campurkan di dalam resin adalah sejenis cairan yang perlu di jaga dan berhati-hati apabila menggunakan nya. Ia nya sangat bahaya kepada mata dan kulit. Campuran catalyst dengan cobalt secara terus boleh menyebabkan letupan dan kebakaran. Catalyst atau MEKP (Methyl Ethyl Ketone Peroxide) ada lah bahan yang di gunakan untuk mengeraskan resin. Secara kasar campuran catalyst di dalam ‘resin’ adalah 1-2 % di ambil kira daripada berat. Melebihkan catalyst di dalam campuran ‘resin’ boleh memyebabkan pembekuan yang cepat dan begitu juga sebaliknya. Olih itu kepastian di dalam menentukan sukatan yang tepat tertakluk kepada pengalaman pekerja.
GELCOAT. Gelcoat adalah ‘resin’ pekat yang diwarnakan untuk mendapatkan permukaan luar yang licin kepada produk yang di buat. Ia biasa nya di sapukan sebagai lapisan pertama di permukaan acuan di ikuti dengan balutan fiberglass dan resin. Terdapat juga ‘gelcoat’ tanpa warna di pasaran.
GLASS FIBRE (GENTIAN KACA) Gentian kaca ialah bahan yang digabungkan dengan resin untuk menguatkan barangan yang di buat. Terdapat banyak jenis bahan fiber yang di gunakan di dalam industri komposit ini. Jenis yang paling kerap di gunakan ialah ‘chop strand mat’ dan ‘woven roving’. ‘Chop strand mat’ adalah jenis fiber yang mempunyai serat-serat kaca yang halus di mana kedudukan serat-seratnya tidak tersusun di dalam satu arah. ‘Voven roving’ pula adalah jenis fiber yang seakan dianyam menyerupai tikar tetapi di dalam keadaan yang longgar. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik adalah digalakan mengabungkan kedua-dua jenis fiber ini di dalam satu kerja.
BAHAN PELEKANG (RELEASE AGENT) Bahan pelekang ini disapukan dipermukaan acuan (mould) untuk membantu melekangkannya apabila kerja yang dibuat telah keras. Sebelum lapisan pertama ‘gelcoat’ disapukan di permukaan acuan, bahan pelekang hendaklah terlebeh dahulu disapukan, kemudian baharulah lapisan fiber boleh di mulakan.
SIMEN. Simen untuk kerja-kerja fiberglass biasanya di gunakan untuk menampal rongga-rongga dan juga untuk menampal permukaan yang tidak rata di mana ianya kemudian dikikis mengunakan kertas pasir untuk di ratakan. Simen ini biasanya dibuat menggunakan resin dicampurkan dengan tepung industri (industrial powder) dan digaulkan menjadikan ia seakan simen.
PEWARNA. Menggunakan warna adalah bebih baik daripada mengecat permukan yang telah siap. Ini adalah kerana dengan menggunakan pewarna di dalam campuran gelcoat menjadikannya lebih tahan dan tidak akan lekang jika dibandinkan dengan mengecat.
PELINDUNG KULIT DAN KRIM PEMBERSIH. Kadang kala terdapat juga individu yang mempunyai kulit yang sensitive. Untuk melindungi kulit daripada terkena resin pelindung kulit atau ‘barrier cream’ di gunakan. Krim ini bolih melindung kulit daripada terkena resin atau fiberglass. Ianya mudah dibasuh selepas selesai bekerja di mana ianya boleh juga dipanggil krim pembersih.
RESIN KHUSUS. Terdapat berbagai jenis resin yang digunakan khusus untuk sesuatu kerja, mithalnya kerja untuk bekas-bekas kimia, kerja-kerja anti kebakaran dan berbagai lagi.
BAHAN-BAHAN KHUSUS. Terdapat juga bahan fiberglass yang direka khas untuk keperluan yang tertentu. Bahan-bahan nya seperti carbon fiber, aramid, kevlar dan berbagai lagi.
3. PERALATAN.
Peralatan untuk kerja-kerja fiebrglass amatlah banyak. Ini tertakluk kepada kerja-kerja yang dilakukan. Kebanyakan kilang-kilang termoden telahpun menggunakan mesin-mesin yang canggih seperti mesin RTM (resin transfer moulding) yang dilengkapi dengan eletronic sensor serta temperature sensor dan sebagainya. Chopper gun telahpun luas penggunaannya.
Bagi kita yang baru berjinak-jinak untuk mempelajari bidang fiberglass ini cukuplah dengan menggunakan peralatan asas seperti berus cat, penggolek (roller), gunting, pisau dan alat-alat asas iaitu tukul, ragum, pahat dan lain-lain lagi.
4. CARA-CARA BEKERJA.
Sebagai permulaan eloklah kita lihat bagaimana proses kerja-kerja fiberglass dijalankan.
Contoh kerja fiberglass.
MEMBUAT ACUAN (MOULD)
Barangan asal yang hendak dibuat akan dibersihkan, ditampal dan diratakan. Setelah siap ianya akan digosok dengan kertas pasir wet/dry 200 grid. Setelah semuanya kelihatan rata gosok pula dengan menggunakan kertas pasir wet/dry 600 grid. Ulangi lagi menggosok dengan grade 1000 atau menggunakan 'rubbing compound' jika perlu.
Untuk projek ini Pak Lang menggunakan kertas pasir sehingga 600 grid sahaja. Kerana projek ini hanyalah penutup mesin. Sebaiknya gunakan air semasa menggosok.
Penutup mesin. Produk asal ini dinamakan 'plug'. .
Untuk memudahkan melekang acuan daripada 'plug' Pak Lang gunakan 'PVA'. Jika tiada pva pun bolih juga.
Selesai dan puashati dengan kelicinan 'plug' tadi maka bolihlah diteruskan dengan menyapukaan 'tooling gelcoat'. Perlu di ingatkan campuran untuk 'tooling gelcoat' adalah sekitar 1% MEKP atau hardener. Sebelum itu 'cobalt' perlu dicampurkan dahulu. Untuk satu bekas 'tooling gelcoat' sebesar gelas biasa teh tarik, 5 titik 'cobalt' adalah mencukupi. Ini adalah untuk mempercepatkan proses pengerasan.
Menyapu tooling gelcoat.
Pastikan ketebalannya mencukupi. Sapukan 2 lapis.
Biasanya proses pengerasan akan mengambil masa kira-kira satu jam jika cuaca panas dan mungkin lama sadikit jika cuaca mendung. Gunakan berus yang kering untuk menguji samada gelcoat telah cukup keras untuk disalut dengan fiberglass, iaitu dengan melayangkan bulu berus tersebut kepermukaan gelcoat. Jika pergerakan berus lancar tampa tersekat maka bolihlah mulakan membalut dengan fiberglass.
Plug yang telah dibalut sebanyak 4 lapis.
Setelah selesai membalut seperti di atas basuhlah berus dan roller serta kemaskan semua peralatan dan biarkan kerja tersebut supaya benar-benar keras dan kering. Kalau kerja kita selesai di sabelah petang adalah lebih baik disambung kerja pada keesok harinya.
Sebelum mould atau acuan tersebut dilekangkan adalah lebih baik dibersihkan dahulu acuan tersebut dengan memotong lebihan fiberglass.
Mould bewarna hitam yang telah dilekangkan.
Mould atau acuan yang telah disiapkan.
Setelah acuan tersebut siap barulah kerja-kerja membuat barangan sebenar di mulakan. Dengan acuan ini tidak kurang dari 50 unit barangan tersebut bolih dikeluarkan. Proses nya hanyalah mengulangi tatacara yang telah diterangkan.
MEMBUAT 'SPLIT MOULD'
Terdapat juga acuan yang tidak mungkin dilekangkan satelah dibaluti di sebabkan oleh bentuk produk asal yang agak kompleks, maka cara alternatif untuk membuat acuan tersebut hendaklah diusahakan.
Salah satu cara yang boleh dipraktikan ialah dengan menceraikan acuan tersebut kepada beberapa bahagian atau sekurang-kurangnya kepada dua bahagian, contoh seperti gambar berikut:-
.
'Split mould'Kita ambil contoh seperti gambar di atas, di mana produk asalnya berbentuk bulat dan di bahagian tengahnya pula adalah lebih kecil dari bahagian atas dan bawah. Sekiranya keseluruhan produk tersebut dibalut untuk dijadikan acuan maka adalah mustahil untuk mengeluarkan produk tersebut tanpa merosakannya.
Perkara ini boleh di atasi dengan membahagikan acuan tersebut kepada dua bahagian kerana bentuk produk tersebut membolehkan kita berbuat demikian.
CARA MEMBUAT 'SPLIT MOULD'
Produk bahagian tiang lampu dijadikan sebagai 'plug'.
Marilah kita ambil produk diatas sebagai bahan projek kita, di mana produk ini dinamakan 'plug'. Seperti biasa 'plug' tersebut hendaklah dibersihkan dan digosok menggunakan kertas pasir 'wet and dry' dari grid kasar 150 sehinggalah kegrid 800. Setelah agak puas hati dengan kelicinan yang dikehendaki, maka dicuci dengan air bersih. Projek ini tidak memerlukan kesudahan yang terlalu licin, maka kertas pasir yang lebih halus lagi atau 'rubbing compound' tidak diperlukan.
Apabila selesai membasuh 'plug', lap dan keringkan. Sapukan 'release wax' keseluruhan produk, biarkan kering dan kilatkan. Seeloknya diulangi sebanyak 8 kali.
Sebelum kerja-kerja ini dilaksanakan satu bentuk profile 'plug' atau produk tersebut hendaklah dilakarkan diatas sekeping plywood atau permukaan rata yang licin dan dipotong mengikut bentuk produk tersebut seperti gambar berikut:-
Bentuk 'profile' produk atau 'plug' yang telah dipotong.
'Plug' tersebut hendaklah diletakan di atas satu sokongan yang dibuat khas untuk projek ini. Seperti gambar ini:-
'Plug' tersebut hendaklah diletakan di atas satu sokongan yang dibuat khas untuk projek ini. Seperti gambar ini:-
Produk asal atau 'plug' diletak diatas penyokong supaya tegap dan senang melakukan pekerjaan.
Letakan kepingan yang telah dipotong mengikut 'profile' produk supaya menjadi sebagai pembahagi kepada acuan yang akan dibuat dan pastikan ianya tegap dan kukuh seperti berikut:-
Pemgbahagi yang dipasang dan mempunyai kelebaran yang
sengaja dilebihkan di sekeliling perimeter 'plug'.
Ruang di antara 'plug' dan kepingan pembahagi hendaklah ditutup dengan menggunakan 'moulding wax'.
Di dalam kes ini kita hanya menggunakan plastisin. Lihat contoh:-
Plastisin di gunakan untuk menutup ruang yang terdapat
antara 'plug' dan pembahagi.
Dua lapis PVA telah disapu bagi tujuan lekangan yang
lebih mudah kelak.
Di dalam keadaan cuaca yang baik dan agak panas lapisan PVA akan mengering antara 5 hingga 10 minit dan lapisan kedua bolehlah disapukan. Biarkan ianya kering dalam masa 10 hingga 15 minit. Permukaan akan nampak berkilat dan serata. Sementara itu bolehlah disediakan 'Tooling gelcoat'.
Untuk projek ini kira-kira 600gm 'tooling gelcoat' disediakan di dalam satu bekas. Bancuhkan sedikit cobalt untuk membantu proses pengerasan apabila dibancuh dengan 'catalyst' atau pengeras kelak. Setelah 'tooling gelcoat' dan cobalt tersebut sebati, masukan 'catalyst' ia itu pengeras kedalam bancuhan 'toling gelcoat' sebanyak 6gm atau lebih kurang 1/2 tutup botol meneral 500ml. bancuh hingga sebati dan sapukan kepermukaan projek seperti gambar berikut:-
'Tooling gelcoat' yang telah disapu meliputi keseluruhan 'plug' dan
juga di sekitar pembahagi.
juga di sekitar pembahagi.
Setelah lapisan pertama kering ia itu antara 1 hingga 2 jam maka bancuhlah sukatan yang sama untuk disapukan satu lapis lagi. Setelah kering dalam jangka masa 4 jam maka bolehlah dimulakan membalut satu lapis 'chop strand mat' 300gsm., di ikuti dengan 3 lapis 450gsm CSM.
'Plug' yang telah dibalut dengan satu lapis 300gsm CSM. Seterusnya
3 lapis lagi 450gsm CSM akan dibalut dan dibiarkan kering dan mengeras
dalam tempoh 8 jam.
3 lapis lagi 450gsm CSM akan dibalut dan dibiarkan kering dan mengeras
dalam tempoh 8 jam.
.
Keadaan 'plug' yang telah ditanggalkan pembahaginya.
Setelah dipusingkan dan pembahaginya ditanggalkan daripada 'plug' bahagian yang terdedah hendaklah dibersihkan tanpa menanggalkan kerja yang telah kering itu. Lebihan fiberglass dipotong dengan menggunakan mesin pemotong. Plastisin yang tertinggal di permukaan 'tooling gelcoat' dan juga dicelah-celah projek hendaklah dikorek dan ditanggalkan.
Projek tersebut kemudiannya dilap dengan kain bersih dan seterusnya disapukan wax semula sebagaimana yang telah dibuat sebelumnya. Dua lapis PVA disapukan keseluruh permukaan yang telah diwax dan dikilatkan. Sementara menunggu PVA kering, 'tooling gelcoat' disediakan.
Permukaan yang telah dibersihkan, diwax dan disapu
dengan 2 lapis PVA.
Sebagaimana sebelum ini, ia itu dibahagian yang telah dibalut dengan fiberglass, permukaan ini juga disapukan dengan 2 lapis 'tooling gelcoat'.
Permukaan yang telah disapu dengan 'tooling gelcoat'
dan sedia untuk dibalut fiberglass.
Empat lapis fiberglass di balut mengikut rutin yang sama seperti sebelah yang telah siap.
Menunggu keras dan kering untuk dibersihkan.
Setelah selesai kerja-kerja pembersihan dan lebihan fiberglass potong maka bolehlah acuan tersebut dilekangkan daripada 'plug'.
Setelah siap diwax dan diulangi sebanyak 8 kali, bolehlah kerja-kerja mengeluarkan produk dimulakan. Prosesnya adalah sama cuma bezanya hanyalah dengan menggunakan 'polyester gelcoat' yang telah diwarnakan mengikut warna pilihan.
Acuan yang telah dibersihkan dan diwax dibahagian dalam.
Setelah siap diwax dan diulangi sebanyak 8 kali, bolehlah kerja-kerja mengeluarkan produk dimulakan. Prosesnya adalah sama cuma bezanya hanyalah dengan menggunakan 'polyester gelcoat' yang telah diwarnakan mengikut warna pilihan.
.
Lagi contoh-contoh 'split mould'
TQ atas penerangan tentang bahan2 asas membuat fibergalass tapi nak tanya kat mana nak dapat bahan2 asas tersebut di jual
ReplyDeleteSaudara tinggal area mana?..
ReplyDeletesalam, nk tnye area kl ad x jual bahan2 nk buat fibreglass..
ReplyDeleteKaliba Sdb. Bhd. 03-21423054.
ReplyDeletearea mana pakLang?
ReplyDeleteSeri Manjung, Perak
ReplyDeleteSalam, nak tanya, sekiranya kami mempunyai design CAD, then kami nak mintak PakLang fabricate-kan boleh?
ReplyDeleteInsyaAllah, datang jumpa PL dan kita bolih bincang.
ReplyDeletetk PakLang atas info...tgh cuba buat boatfiber sendiri
ReplyDeleteOh..okay..nnt saya datng in shaa ALLAH..:)
ReplyDeleteboleh tak kalau saya pakai kain nylon untuk first layer lepas tu baru pakai mat fiber..
ReplyDeleteblog yang menarik n bermnafaat. tahniah..
ReplyDeleteSalam..nak tanya..penang bhn kat mn boleh dpt..ada kelas tak belajar benda ni
ReplyDeleteWasalam .. dkt unikl miat ad course ni .. diploma in aviation composite .. saya sendiri ex student miat .. blja composite ni mmg seronok ..
Deletekepala batas
Deleteterima kasih PakLang atas ilmu yg diberi,,x sia2 sy masuk at sini,,huhu,,bercadang jgk nk buat bnde guna fiber nih,,insyaallah..smoga bisnes paklang maju dgn jayanya,, :)
ReplyDeletemohon pencerahan.. bot yang dibina dengan rangka kayu hanya digunakan sebagai acuan atau sebagai teras bot dengan membalut fiberglass..
ReplyDeleteSalam, biasanya bagi pembuat bot secara komesial sebuah bot yang sempurna yang dibuat dengan menggunakan kayu akan dibina dahulu.Selepas puas hati dengan produk tersebut barulah proses pembuatan acuan 'mould' akan dimulakan.
DeleteJika hanya sebuah bot sahaja yang diperlukan untuk kegunaan sendiri, maka memadailah dengan produk tadi. Tetapi jika tuan memerlukan sebuah bot fiberglass maka cara membinanya berlainan sedikit. Salah satu caranya ialah dengan menggunakan lapisan polyerehane foam sebagai lapisan asas yang dipasang dikerangka kayu dan dibalut dengan fiberglass sebanyak beberapa lapis yang diperlukan. Setelah produk ini di gosok dan dilicinkan maka ianya juga bolih dibuat sebagai 'plug' untuk membuat acuan.
Harap dapat membantu.
bermaklumat sungguh....
Deletesalam paklang nak tanya detail berkenaan fiber nie...
ReplyDeleteboleh tahan gak bnyak soalan hehehe......boleh paklang
bg sya email paklang untuk sesi tanya menanya hehheh...
ini email saya shahrul9188@gmail.com
mohon kerjasama paklang sbb sya betul2 berminat dengan
fiber nie hehehhehe
Dah hantar.
Deletesaya pun berminat sangat2 pasal membuat perahu fibreglass ini.
ReplyDeletenice article ... good job
ReplyDeleteslam pak lang.sya becadang nk buat smpan pn pnjang 21X 41/2.angaran pak lang berapa lapis fiber yg prlu saya buat.dengan tidak mmbuat plug&bnyak mana fiberglss dn resin yg sya perlu kan.tkut belebih plk mmbzir jee......t.ksh paklang ilmu yg sgt bguna...
ReplyDeleteSalam Faizal. Dalam kiraan pl, untuk bot sais 21 x 41/2 angaran kegunaan fiberglass mat 450gsm ialah 45kg. dan kegunaan resin lebih kurang 145kg. Kiraan tersebut adalah untuk kegunaan 4 lapis fiberglass. Harap dapat membantu.
ReplyDeleteSalam paklang,macam mana nak hubungi paklang.saya amat berminat dan ingin belajar daripada paklang. Ni email saya muhamadcherameli@gmail.com
ReplyDeleteAs salam pak lang, kalau nak mengecat semula bot fiber yg telah siap, apakah jenis cat yg digunakan dan bagaimana cara2 dan proses nye agar ianya kelihatan berkilat semula seperti baru..? Saya tinggl di pontian, johor...adakah pak lang mempunyai tempat2 di sekitar sini untuk mendapatkan bahan2 tersebut....Terima Kasih , Pak lang.
ReplyDeleteWa salam. cat digunakan untuk bot fiber ialah jenis epoxy, ia nya mempunyai hardener. Proses mengecat adalah sama seperti mengecat kereta. Gosok permukaan dengan kertas pasir sehingga rata dan tiada tinggi rendah. Biasanya dengan menggunakan sanding machine. Setelah puas hati dengan kerataan permukan bersihkan atau basuh segala kekotoran dan habuk.Kemudian semburkan cat epoxy base coat dan gosok semula dengan kertas pasir wet and dry halus grit 600. Setelah dibersihkan semburkan pula dengan cat epoxy finishing coat. Gosok lagi untuk lapisan seterusnya. Biasanya setelah disembur 2 atau 3 lapis cat epoxy permukaan tersebut akan nampak cantik dan berkilat. Jika anda inginkan permukaan 'showroom standard' teruskan dengan mengosok dengan kertas grid 1000, diikuti dengan polishing compound paste menggunakan polishing machine. Setelah semuanya nampak berkilat sapukan wax dan kilatkan lagi. Wax kan sekurang2nya 3 kali. Nah tentu silau mata dibuatnya.
ReplyDeleteUntuk mendapatkan bahan cuba contact En. Razak di JB. 016-7039670.
Selamat mencuba!
salam PL,saya teruja ingin buat bot sendiri,sekarang saya dah pun siap lukiskan plan insyaalah dalam masa terdekat ni saya akan jalan kan projek saya,tapi ada beberapa soalan yang saya ingin bertanya kepada pl,saya harap pl dapat menbantu..nie email saya,musafiza04410@gmail.com
ReplyDeleteSalam,
DeleteInsyAllah, Pl akan bantu mana yang termampu.
As Salam , boleh ke saya minta tolong dari pak lang buatkan acuan batu nisan. Saya ni pembuat batu nisan. Terima kasih.
ReplyDeleteWa-salam,
DeleteInsyaAllah, bolih. Bawa contohnya kepada Pak Lang.
salam pak lang...saya berminat untuk membuat under tail cover untuk moto saya menggunakan fibre glass...tetapi mana saya nak dapatkan material seperti gelcoat, release agent dan fibre glass... mould dah pun saya siapkan menggunakan zink no phon saya 0192323780 email mdpvman@yahoo.com harap PL dapat membantu...saya area shah alam selangor
ReplyDeleteTelah jawab melalui E-mail.
ReplyDeleteSalam Pak Lang, Tooling Gelcoat tu boleh dapat di mana yer?
ReplyDeleteSalam,
DeleteCuba google Kaliba Sdn.Bhd.(KL),C&N Chemical (JB)
Mereka jual dalam tin 25kg.
Macam” Produk Fiberglass :
ReplyDelete- Tangki Panel Fiberglass
- Grease Trap / Penjebak Lemak
- Pipa Fiberglass / Pipa Frp
- Gutter / Talang Air Fiberglass
- Septic Tank Fiberglass
- Kolam Ikan Fiberglass
Salam Pak Lang, Macam mana nak hubungi PL,
ReplyDeleteBoleh sent email di admin@noba.com.my.
Tq.
Dah jawab e-mail
DeleteAssalamualaikum pak lang, sy berminat sangat bidang fiberglass ni tp ilmunya takda. Pak lang ada buat kursus utk fiberglass ke? Macam mana ye sy nk belajar details lg tentang fiberglass ni. Lagi satu, macam mana ye nk dapatkan bahan – bahan (POLYESTER RESIN, CATALYST, GELCOAT, GLASS FIBRE, BAHAN PELEKANG (RELEASE AGENT), SIMEN, PEWARNA) semua ni, sebab sy dah tanya kedai hardware tp semua cakap takda. Kalau boleh nak tahu details buat fiberglass & dimana boleh beli bahan – bahan dlm kuantiti yg sederhana banyak. Harap sudi beri respon, ni email sy pak lang ( zuannurain1@yahoo.com ). Terima Kasih
ReplyDeleteDah e-mail.
DeleteAssalammualaikum Pak Lang,
ReplyDeleteBagus sungguh blog ni. Nak tanya macam2 lagi. Boleh tak sent email ke feizal.thinkplus@gmail.com supaya dapat berbincang melalui email.
tq.
Dah e-mail
DeleteHello paklang,
ReplyDeletetlg email kat mane nak beli bahan-bahan utk DIY fiberglass amin.kamarulzaman@cch.com.my
Tq
boleh email contact pada sales@luimewah.net?
ReplyDeletesalam pak lang....sya minat kurusu ni. cam ne nak join aaa? tolng send info ke email saya...aquatickgv@yahoo.com
ReplyDeleteAlhamdulillah perkongsian yg bermenfaat semoga menjadi bekalan dihari kemudian.
ReplyDeleteSaya juga berminat dgn kerja2 fiberglass ini moga dapat dibantu.
Saya sertakan email saya
abdkarim91@gmail.com
Semoga perhubungan terjalin. Terima kasih.
Salam Pak Lang, Nak minta bantuan sesiapa juga disini yang ada maklumat mana2 kedai atau orang yang boleh tolong buatkan custom made kolam fiber? Saya duduk di putrajaya. harap dapat hubungi saya di jrxxal@gmail.com. Terima kasih.
ReplyDeleteSalam PL sy berminat kursus ni...boleh email kat sy szsmartniaga@gmail.com
ReplyDeleteTQ PL
Assalamualaikum pak lang. saya berminat nak belajar dan berkursus bagi pembuatan boat fiberglass. saya dari Brunei Darussalam. boleh tak tolong hantar email dan no phone pak lang kat saya? email saya burhanddin.hjahmad@gmail.com. Terima Kasih Pak lang.
ReplyDeleteWalaikumsalam,
ReplyDeletePak lang dah cuba hantar email tapi tak berjaya. Ini alamat email pak lang. agm8489@gmail.com
No. tel. 6019-5125117
hye,saya pelajar engineering universiti malaya,kami ada buat satu project berkaitan pembuatan boat untuk industrial project.kami mengadakan lawatan ke tempat pak lang sekiranya tempat pak lang dekat sekitar kl.apakah cara pihak kami hendak hubungi pak lang selain daripada disini.
ReplyDeletePak lang boleh dihubungi di agm8489@gmail.com.
ReplyDeleteTapi Pak lang berada diPerak.
Pak lang rasa kalau pelajar2 IPT eloklah melawat tempat yang lebih 'high tech'. Tempat Paklang hanya w/shop kecil yang membuat sampan sahaja.
terbaik bos..sangat berguna pada yang baru nak belajar..semoga rezeki tuan bertambah atas perkongsian ilmu tuan..aamennnn..
ReplyDeleteArea ipoh kat mna Nk dpt bahan2 nya. Muhdsyafid92@gmail.com hantar kat sini pak lang
ReplyDeletesalam pak lang... kalau saya nak buat bot fiber panjang 17 kaki, macamana cara nak buat rangkanya? bahan2 yg nak digunakan? mintak tolong ye pak lang... nazrangers@yahoo.com.my
ReplyDeleteSalam paklang saya dari teluk intan.. Saya mencari ( clear resin dengan silicone rubber mold) di mana saya boleh dpt kn barang tersebut? Boleh mintak tolong oder kan? No tel sy 01124233783
ReplyDeletePak lang saya nak mintak tolong untuk buat bahan dari resin. macammana nak order. email saya : circlegirl23@gmail.com
ReplyDeletesalam pak lang, Saya nak buat pillar. macam mana nak hubungi pak lang
ReplyDeleteSanggari86@yahoo.com
Mane nak dpatkn bahan2 fiber glass ni
ReplyDeleteKalau beritau kamu dari kawasan mana mungkin paklang boleh arahkan.
DeleteSalam Pak Lang saya minat kursus ni macam mana nak join? hantar info ke e-mail saya.... sulusea.co@gmail.com
ReplyDeletedi mana nak dapat kan bahan2 n peralatan di manjung?
ReplyDeleteAsalamualaikum, call / wasapp paklang. 019-5125117
ReplyDeleteassalam paklang...sya perlu tunjuk ajar dr paklang utk ilmu ni...sb sya de produk nk diniagakan...reply al3akal@gmail.com @ whatsapp 013715344e
ReplyDeleteWaalaikumsalam,
ReplyDeleteTuan Sheikh boleh whatsapp paklang di 019-5125117.
salam.. saya nak tanya bape kos utk buat tong bulat diameter 3kaki tinggi 4kaki menggunakan fiberglass? jika ada maklumat blh kongsikan dgn saya 0109541435.
ReplyDeleteW'salam,
ReplyDeleteCall atau wasapp Pak Lang 019-5125117
Terima kasih di atas perkongsian ilmu.......ilmu yang membawa manfaat akan kekal buat selamanya. Allah jua yang membalas budi baik Pak Lang. Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezki
ReplyDeleteSalam. Rasa macam nak bergurula dengan Pak Lang ni. Banyak yang saya nak bertanya...dan In Sha Allah mungkin akan datang bertemu muka dengan Pak Lang sendiri. Ini email saya Pak Lang...harap sudi mengambil saya sebagai murid:
ReplyDeleterazman.jer@gmail.com
Salam Pak Lang, saya mempunyai sebuah boat fiber yang bocor sebesar bontot kicap.. bagaimana cara yang mudah untuk menampal bahagian bocor itu? atau ada tak ,cara ringkas dan murah untuk memperbaiki lubang tersebut.
ReplyDeleteW-salam, saudara Zaidi, untuk menampal sesuatu kebocoran keatas bahan fiberlass tidaklah begitu susah. Tetapi untuk menerangkannya dibahagian comment ini agak sukar kerana ianya memerlukan illustrasi atau lakaran2 yang boleh menerangkan cara2 melaksanakan nya. Oleh itu beri paklang sedikit masa lagi untuk paklang masukkan 'cara-cara menampal kebocoran' didalam blog ini insyaAllah.
ReplyDeleteassalamualaikum pak lang.. sy siqqin dari UTM skudai.. sy nak cari supplier chopped strand glass fibre yg pnjg dlm 20mm-25mm.. tp xtau nak cari dimana.. chopped strand glass fibre ni sy nak masukkan dalam concrete utk research sy... paklang tahu ke mana2 supplier yg boleh supply chopped strand glass fibre ni... ni email sy.. nurulsiqqinaishah@gmail.com... terima kasih...
ReplyDeleteassalamualaikum pak lang.. sy siqqin dari UTM skudai.. sy nak cari supplier chopped strand glass fibre yg pnjg dlm 20mm-25mm.. tp xtau nak cari dimana.. chopped strand glass fibre ni sy nak masukkan dalam concrete utk research sy... paklang tahu ke mana2 supplier yg boleh supply chopped strand glass fibre ni... ni email sy.. nurulsiqqinaishah@gmail.com... terima kasih...
ReplyDeleteassalamualaikum pak lang.. sy siqqin dari UTM skudai.. sy nak cari supplier chopped strand glass fibre yg pnjg dlm 20mm-25mm.. tp xtau nak cari dimana.. chopped strand glass fibre ni sy nak masukkan dalam concrete utk research sy... paklang tahu ke mana2 supplier yg boleh supply chopped strand glass fibre ni... ni email sy.. nurulsiqqinaishah@gmail.com... terima kasih...
ReplyDeleteAssalamualaikum paklang,terima kasih dgn ilmu yg di berikan,
ReplyDeleteDimana kah untuk mendapatkan bahan2 mmbuat fiberglass di Terengganu?
Juga ingin belajar @bkursus, ini email saya kamarulazmi45@gmail.com
Terima kasih pakLang.
Assalamualaikum pak lang.. Ada anjurkan kursus asas guna fiberglass tak? Whatsap sy kalau ada minta tolong pak lang bg tahu sy 011-10731921 ahmad1514.af@gmail.com terima kasih sifu
ReplyDeleteAssalamualaikum Paklang sya nk blajar tentang fibre boleh wsp atau hubungi sya 01110651401
ReplyDeleteassalam... pak lang ada buat kursus fiber glass tak?
ReplyDeleteAssalammualaikum paklang
ReplyDeletekalau ada menganjurkan kursus fiber
mohon hubungi saya yer... saya berminat nak belajar
Atau pun kami anjurkan dan panggil paklang mengajar, kos nya paklang bagitahu berapa dan dibahagikan kepada perserta2 termasuk kos sewa tempat belajar dewan atau sebagainya
dan kutipan akan diberi pada paklang
hubungi
0134885313 (Usop)
Paklang ..wax mcm mna..wax kereta tu ka...bole x
ReplyDeletePaklang!!!
ReplyDeleteTerbaik la paklang!!!
ReplyDeleteMau juga aq brguru dgn paklang ni tpi apakn daya dpisahkn oleh laut china selatan..
Assalamu, Pak lang.
ReplyDeleteTerlebih dahulu saya ingin mengucapkan juataan terima kasih dengan semua maklumat dan info2 yang telah diberikan oleh pak lang.
Bagaimanakah untuk saya dapatkan bahan fiberglass ini.
Saya berada dikawasan Klang.
Boleh email saya : herbzlifeq.10@gmail.com
Terima kasih.