Thursday, February 17, 2011

Memasang Baten


  



Baten atau longitudinals yang telah dipasang. Pemasangan baten ini adalah untuk memudahkan kita memasang kulit atau pun hull bot ini. Perlu diingatkan iaitu frame terakhir ataupun transom hendaklah di condongkan sekitar 14 darjah. Ini perlu dilakukan sebelum baten tersebut dipasangkan.



Transom.



10 comments:

  1. Salam Pak Lang...

    Terima kasih di atas tunjuk ajar.. tak sabar ni bila Pak lang nak sambung ni...

    ReplyDelete
  2. http://www.youtube.com/watch?v=SrlvYD8FYTY

    ReplyDelete
  3. salam paklang..
    terima kasih diatas ilmu yang diberikan..sangat menarik dan berguna..
    nak tanya ketebalan playwood untuk buat kulit tu paling sesuai berapa tebal ye?

    ReplyDelete
  4. Salam Rusdi,
    Untuk kulit bahagian bawah gunakan plywood 6mm, bahagian tepi 4mm sudah mecukupi, tetapi kalau nak gunakan 6mm pun boleh juga. Sebaik2nya gunakan marine plywood.

    ReplyDelete
  5. Salam paklang..

    Ada perbezaan tak buat boat sendiri dengan boat beli?

    ReplyDelete
  6. salam Pak Lang,
    Saya dah lama membaca blog Pak Lang,Minat saya untuk membuat bot makin bertambah,Tapi masih tidak tahu untuk membuat bot.masalah saya pada rangka bot.Bolehkah saya gunakan playwood untuk buat rangka?Nak guna bot untuk ngail di sungai saja.kalau boleh bot macam gambar kat atas.Terima kasih Pak Lang.

    ReplyDelete
  7. Salam, plywood bolih digunakan untuk membuat rangka, tapi hendaklah sekurang2nya 1/2" tebal. Lukisan yang didalam blog PL ni boleh digunakan untuk membuat bot anda. Cuma saisnya hendaklah dibesarkan. Salah satu cara untuk membesarkan lukisan tersebut adalah dengan menggunakan projektor. Sambungkan projektor kepada komputer dan halakan kedinding yang telah ditampal dengan kertas yang cukup besar untuk memuatkan separoh daripada rangka. Tiru lukisn tersebut dengan mengikut garisan bayang dripada projektor.
    Pastikan kedudukan projektor tepat dan tidak berubah sehingga kesemua rangka telh ditiru. Kemudian bacalah blog PL untuk proses seterusnya. Selamat mencuba!

    ReplyDelete
  8. salam pak lang..oo...gitu..nanti bolehlah saya teruskan projek bot saya untuk ngail udang..mana tahan nak sewa bot..terima kasih atas tunjuk ajar dari pak lang..

    ReplyDelete
  9. Salam Pak Lang.
    1.Mana nak beli glue epoxy?
    2.Mana nak beli kain fiber + chmical ?
    3.Ply marine susah dpt le, brp rm sekpg 4x8 1/4"

    Lokasi Seremban, N9.

    ReplyDelete