Sunday, September 25, 2011

Menyusun Frame Diatas Asas 'Strongback'

Sambungan daripada post yang terdahulu:-

Kini Frame-frame 1 hingga 8 telah disiapkan dan tibalah masanya untuk menyusun frame-frame tersebut keatas asasnya ataupun 'strongback'.
Sebelum itu sebuah 'strongback' hendaklah disediakan untuk kerja-kerja berikutnya.

Cara-cara membuat asas 'strongback'.

Sebagaimana yang telah dirancang, panjang bot untuk projek ini ialah 12kaki atau 3658mm. dan lebarnya sekitar 4 kaki atau 1219mm. Jadi yang penting bagi kita ialah mendapatkan ruang yang sesuai untuk kerja-kerja berikutnya. Kalau dapat bangsal yang beratap lagi baik.

Sila lihat lakaran berikut untuk membuat asas:-
Daripada lakaran asas 'strongback' yang derdapat diatas bolehlah kita mulakan menyusun frame-frame yang telah siap tadi diatasnya berpandukan kepada garis-garis wl2 yang terdapat di tiap-tiap frame.
Kita mulakan memasang frame 1.

Lakaran berikut menunjukkan bagaimana Frame 1 dipasangkan diatas permukaan asas. WL2 akan menjadi panduan untuk memasang kesemua frame-frame berikutnya.


Kedudukan frame tersebut disediakan begitu untuk menyenangkan kita apabila proses pemasangan kulit dimulakan. Dengan persediaan yang begini bahagian asas tidak akan menghalang atau terkena kepada kulit.
Seterusnya, frame berikutnya bolehlah dipasang sehingga kesemua frame-frame tersebut akan menjadi seperti gambar berikut:-

Ini hanyalah gambar hiasan dan bukan gambar sebenar projek kita.

Perlu diingat iaitu jarak diantara frame ialah 1.3334' atau 406mm. Jarak ini hendaklah sentiasa sama sehingga frame 8. Semasa memasang frame-frame tersebut kita hendaklah sentiasa pastikan kedudukannya setara (level) antara kiri (port side) dan kanan (starboard side) depan (fore) dan belakang (aft). Cara mudah untuk memastikannya ialah dengan menggunakan timbang air yang dibuat sendiri daripada hos air yang lutsinar (transparent). Memudahkan lagi jika air yang digunakan itu diwarnakan.
Dalam masa yang sama kedudukan garis tengah (CL) hendaklah dijaga dan sentiasa berada didalam kedudukan yang betul.

Memasang baten.

Setelah semua ke8 frame itu dipasang dan juga kedudukan nya betul, tegap dan seimbang maka dapatkan baten 1 1/4" x 1/2" yang cukup panjang untuk dipasangkan dari haluan (bow) ke transom.

15 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Pak Lang,

    Terima kasih atas tunjuk ajar.. saya sedang mengikuti blog pak lang dan sekarang dalam proses untuk mencuba membina bot sendiri melalui tunjuk ajar dari blog pak lang, sekarang masih dalam proses membuat frame, diharap pak lang dapat menyambung proses pembuatan bot tersebut dan diharapkan juga pak lang dapat postkan gambar gambar masa dalam pembinaan kerana ianya lebih jelas dan tepat. apapun diharap saya berjaya menyiapkan bot sulung saya..

    terima kasih

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam Mohd Yusri,
    Pak Lang minta maaf kerana lambat menjawab post Mohd Yusri. Pak Lang ada masalah sedikit dengan komputer ni, la ni pak lang baru buat formatting. Pak lang akan sambung balik projek kita secepat mingkin. InsyAllah pak lang akan postkan gambar-gambarnya nanti.

    ReplyDelete
  3. Salam semua,
    Nampaknya ramai yang berminat untuk buat bot sendiri. Kalau sesiapa yang baru nak buat tu paklang nasihatkan jangan buat kesemua frame yang terdapat dilukisan tu, buat frame 1,3,5,7 dan transom saja. Ini akan mempercepatkan kerja2 kita. Begitu juga dengan 'strongback' kakinya dibuat dari depan yang pertama, kedua dan kelima sahaja, kerana paklang rasa dah cukup kuat.
    Selamat mencuba!

    ReplyDelete
  4. SLM,
    SAYA INGIN TAHU BAGAIMANA UNTUK MEMBAIKI KEROSAKAN DEK TERTANGGAL DARI HULL BHGN TEPI SEPANJANG 15KAKI AKIBAT PERGESERAN.UTK MKLM BOT KAYU SAYA PANJANGNYA 90KAKI DAN BERAT 110 TON.ADAKAH PERLU DINAIKAN LANDASAN(SLIPWAY) ATAU PEMBAIKAN BOLEH DILAKUKAN DALAM AIR.
    T,\.KASEH

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Mula2 Tuan Nik kena pastikan yang bahagian yang tertanggal itu tinggi dari paras air, kemudian pastikan bahagian hull bersebelahan dek yang hendak diperbaiki itu mempunyai kekuatan yang cukup jika dek tersebut ditanggalkan. Jika semuanya ok, Tuan tak perlu menaikkannya ke slipway untuk kerja2 pembaikan. Pastikan Tuan pasang canopi (atap) semasa proses pembaikan.
    Wallahualam.

    ReplyDelete
  6. Salam Pak Lang. Saya dah bina bot mengikut plan Pak Lang ni. Saya dah pun lancarkan kat Port Klang minggu lepas. Boleh tak bagi email Pak Lang. Saya nak hantar video.

    ReplyDelete
  7. Salam EN.Mohamad,
    Syabas atas kejayaan anda. Sila emailkan ke:- gyfasb@streamyx.com. Pak Lang tak sabar nak melihatnya. Tk.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Pak Lang,saya pun sgt berminat nak buat bot sendiri...sekarang saya mengikuti perkembangan blog Pak Lang...terima kasih kerana sudi memberi tunjuk ajar di blog ini.saya amat menghargai usaha Pak Lang...sekarang saya dalam proses memahami tunjuk ajar Pak Lang...jika tidak keberatan,saya minta budi bicara Pak Lang utk meng email kan sedikit butiran yg lengkap utk membuat bot fiber ini.saya berminat mmbuat bot utk meredah ombak lautan.email saya shahruligan@gmail.com

    Terima kasih

    Shahrul

    ReplyDelete
  9. salam,,tumpang lalu,saya sedang mencari replika sampan untuk dibuat tempat ltak ikan(display untuk ikan bakar ) yang dalam berukuran 6 kaki x 2kaki..xkisah pasal kualiti kayu,janji ada rupa bntuk sampan.simple pon xper..bajet boleh bincang. koll/sms saya(kuantan) 017 8821772

    ReplyDelete
  10. PakLang...kalau frame dari aluminiun fiberglas boleh melekat ke bila tampal luar dan dalam boat

    ReplyDelete
  11. Lekat juga, tapi kena balut keseluruhan aluminium tersebut. Ada juga kepingan aluminium yang dipasang dibahagian tertentu dalam bot fiberglass bagi tujuan memasang sekru. Jarang sekali aluminium digunakan sebagai fram dalam bot fiberglass.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Paklang , saya mempunyai bot 12kaki pnjang dan saya ingin menambah kepanjangannya menjadi 18kaki...bagaimanakah cara yang perlu saya lakukan...mohon tunjuk ajar dari Paklang....

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Pak Lang. Saya nak tau bagaimana kedudukan baten yang paling hadapan tu, khususnya yang paling haluan perahu tu. Maksud saya kecondongannya

    ReplyDelete
  14. Errr. Pak lang aktif lagi ke? Nak kontek pun x dapat

    ReplyDelete